Tentang Kami
RINGKASAN EKSEKUTIF
ANARIS FOOD SDN BHD telah didaftarkan pada 19 Mei 2020 dengan No. Pendaftaran Syarikat 202001011078 (1367398-K). Syarikat ini diterajui oleh MUHAMMAD FARIS BIN ABDUL AZIZ yang berkomited untuk meneroka peluang bagi memartabatkan lagi syarikat ini. Syarikat juga mengambil sikap terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak kerajaan mahupun swasta bagi meningkatkan saujana potensi syarikat ini.
Kami menjalankan perniagaan mengeluarkan produk bahan-bahan kisar tanpa pengawet, khidmat OEM (penjenamaan sendiri), perniagaan retail, borong dan juga door gi�. Kami berdedikasi untuk merevolusikan industri makanan dengan menawarkan produk makanan OEM (Pengilang Peralatan Asal) yang luar biasa. Dengan semangat untuk kualiti, inovasi dan kecemerlangan masakan, kami telah muncul sebagai peneraju dalam merangka dan menyampaikan penyelesaian makanan yang ditempah khas yang memenuhi pelbagai keperluan rakan kongsi kami yang dihargai. Kami telah menempa nama dengan dijemput untuk mempromosikan perniagaan di saluran radio buletin.fm,sinarfm dan juga Astro Awani. Kami juga merupakan usahawan bimbingan bagi Jabatan Pertanian,MARDI,MARA,KPDNHEP, SME CORP,PKNS,CEDAR dan PUJB.
Objektif
- Cabaran di dalam perniagaan ini agak getir namun ANARIS FOOD SDN BHD akan kekal fokus untuk terus berada di dalam persaingan di pasaran. Apa yang menjadi objektif syarikat adalah untuk memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada para pelanggan dan tidak sama sekali hanya mengutamakan keuntungan semata-mata. ANARIS FOOD SDN BHD disokong kuat oleh tenaga-tenaga mahir yang mempunyai pengalaman dalam melakukan kerja-kerja berkaitan. ANARIS FOOD SDN BHD juga beriltizam tidak akan hanya menjadi sebuah syarikat yang sekadar menjalani “survival” sebuah organisasi yang tipikal namun kelak akan menjadi “trend setter” di dalam bidangnya. Untuk menuju ke arah demikian, ANARIS FOOD SDN BHD sentiasa akan berada di dalam mod produktif dan dinamik. Budaya kerja di dalam syarikat ini adalah tidak hanya berpuas hati pada “zon selesa”. Kami di ANARIS FOOD SDN BHD akan sentiasa mencabar potensi syarikat untuk terus merintis kejayaan demi kejayaan.
Visi
- ANARIS FOOD SDN BHD berazam untuk memberi perkhidmatan dan produk mengikut stklienrd piawaian yang ditetapkan dan menghasilkan produk dengan kualiti terbaik di samping turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Misi
- Menghasilkan produk dan servis yang berkualiti.
- Memastikan kepuasan kepada pengguna.
- Melaksanakan kerja secara professional dan beretika.
- Memastikan kerja-kerja dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.
- Memastikan kerja-kerja disiapkan dengan kos yang lebih efisien tanpa menjejaskan kualiti kerja.
- Menggunakan sepenuhnya kepakaran yang ada.